Saturday, 15 December 2012

Tiada tajuk.


Hai blog! motip sangat letak gambo ni. kihkihkih. Okayy, memang beriye tapi takkesah lah. Mr Zuki is growing up and be smartest guy that u can see in this picture. Somehow kan bile tengok gambar ni terus * mannnn, cairrrr. haha. For me k for me.

Dear my Mr Zuki, hope u'll always happy when you with me. Semangat dan yakin untuk lalui hidup awak yang akan datang sebab awak memang hebat bagi saya. Even banyak dugaan untuk awak but u can fix it. *tabik spring bro!. Okayy, 26 Dis zuki mula keje dah dekat FRIM. Alhamdulillah, as for him it just a beginning but aku yakin yang the company will serap terus dia . Even zuki taknak berharap, takpe biar aku berharap untuk dia. hikhikhik. My man, even awak takbaca pon blog ni sebab saya takpenah nak bagi link blog ni kat awak , i want to mention that GUDLUCK my dear. Jangan gedik gedik kat sana kalau taknak kena wrestling dengan nur. haha.

Yes, memang cinta jarak jauh sangat bila dengan zuki. Bulan lepas dy dekat pahang n memang jarang nak berhubung. But, Alhamdulillah dy always curi masa at least 2 3 minit nak mesej aku. That's why i love him! At least dy ingat kan. So, instead of him , aku pon kena jadi toughest girl tau. Ye lah, nak kena sabar , sabar n sabar. Bukan senang jarak jauh. Kena percaya. Lepas ni nak kena jauh lagi, dy keje kat kepong pulak. Okayy takpe. Kuat lagi. Jauh okayy what, takjemu, takbosan. Zuki penah mention dekat aku,

"Nur, jangan risau kalau kita jauh. Orang bercinta taksemestinya kena selalu berkepit sepanjang masa, ada hikmah kita berjauhan, jangan terpengaruh dengan orang sekeliling"

Memang itu lah aku selalu ingat kalau tiba tiba rasa jauh je dengan dia. *sedih pedih medih. haha. So, sementara dy tengah cuti ni, aku cakap kat dia aku nak jumpa dia tiap tiap hari. Melampau bukan? hahahha.

Oklah. sudah sudah poyo tu. Thanks blog! 

Assalamualaikum. 

Jiwa

Hai blog! actually, tetibe hati tengah sayu sangat. Kenapa tah. huhu. Jiwa, kalau kita susah nak jaga jangan bermain dengan api kalau kita rasa jiwa kita tak kuat nak tempuh. Sama jugak lah dengan orang lain, jangan sesekali bermain dengan jiwa orang, awak mungkin penyebab orang marah, dendam , benci dengan awak. Yes, agak emosi meng update blog ni. Bukan apa tau, rasa macam tak terluah lah rasa dalam hati. Haha. Peliks meliks sungguh. Thanks Allah, i've a blog yang aku boleh cakap ape saja. Bukan aku kesah orang baca ke idak. hehe.

Malas sebenarnya nak bercakap soal cintan cintun ni. Tapi tah, umur umur aku sekarang ni yang suka sungguh berfikir sampai satu masa aku rasa exhausted sangat dengan orang sekeliling aku. Parah kan? Kalau ikut hati, nak je aku pergi jauh jauh sorang tenang diri. Tapi malangya i'm still student. Ujung bulan duitt pon mula la kering. So saddd u know. Eh awak, kalau awak dah ada teman istimewa a.k.a kekasih hati. Tolong k tolong. Jaga la elok2. Jaga hati tu. Benda yang sensitif tu jangan la dibuat. Ni tak, suka sungguh. Exhausted tau? tau tak? faham tak?

Tau tak, aku memang susah nak percaya orang. So, aku suka anxious dengan perangai yang pelik pelik ni. Suka tak suka, aku kena telan jugak. Weh, nak dekat setahun weh. Nak aku sabar macam mana lagi tah. Haha. Susah la. Okay, back to Allah. Fikir dayah fikir. Sometimes, i've think that when we've love people too much it might hurt us. Why? because perasan tak bila kita terlalu sayang dekat orang, kita mula macam lupa hukum Allah untuk kita? kan? percaya tak? kaji lah, memang lumrah manusia macam tu. So, aku memang tabik la dengan orang lelaki yang setia dekat kekasih diorang bertahun tahun and terus kahwin. Memang dalam hubungan kita dengan sape pon kita kena tolerate, give and take kata orang but tak best la kalau sorang sorang je yang usaha nak kekalkan hubungan tapi sebelah pihak lagi buat acah tak acah aje. Hey awak, tau tak kalau awak buat baik, awak ikhlas perasaan awak dekat orang, awak mesti akan selalu waspada yang awak ada hati yang perlu awak jaga. Instead of awak taktau nak jaga hati orang. Takpelah, its okay kalau kita cuba dan nampak yang kita nak berubah tu. Allah tu adil, kalau kita buat jahat kat orang sekejap je dia balas. Hati kita, niat kita Allah tahu.

Okay, macam over setiap kali nak update blog cerita pasal cinta. What the? *malu dengan diri sendiri. But, takkesah la. At least, release skit. fuhhh!. Ok. Thanks blog. Macam rare post blog takde gambar, takpelah fon pon boleh baling monyet je pon, nanti nanti lah. hehe. Last but not least, Allah sentiasa rintihan hati kita. Alhamdulillah. In Sha Allah.

Assalamualaikum.

Thursday, 13 December 2012

Hey hey hey !

 Hai blog! lama tak update. Konon sibok sangat lah kan. Actually, there's  a lot of story that i want to share tap nak buat cemane kan memang this semester aku macam sibok giler , bayang lah boleh kira berapa hari je aku dok rumah. Instead of memang takpayah kesah pon yang tu, orang lain pon takdok rumah jugak. hikhikhik. Macam macam rasa nya jadi dalam masa terdekat ni, banyak kisah yang buat aku fikir banyak. Memang dalam umur sekarang perempuan memang suka banyak berfikir. Lagi lagi bab boypren kan? tettttt!!. hahah. Tapi sebenarnya kalau nak fikirkan balik kenapa mesti nak fikir benda yang semestinya Allah dah tetapkan untuk kita? yes, itu hukum alam lah. Manusia takboleh jadi sesempurna yang mungkin untuk just ignore ape saja yang jadi. Tapi as human being, kita kena kaji balik kenapa semua ujian yang datang sampai kadang kadang buat kita fikir, kenapa mesti kita yang kena tempuh? senang je jawapannya, Allah dah tetapkan dan Allah tau kita boleh tempuh semua dugaan yang dia bagi. Its just sometimes, memang kita akan rasa kita lemah sangat untuk selesaikan masalah. Tau tak, bila hati kita mula sayu itu maknanya hati kita jauh dari Allah. Sebab ape? kita leka sampai kita lupa Allah. Kalau aku kan senang je, masa aku gelak bagai nak rak macam gelak aku sorang yang ada , dalam beberapa jam lepas tu aku tahu dah mesti aku akan sedih atau nangis. Sebab ape lagi? sebab dalam kita ketawa, gelak, masa tu kita lupa Allah jugak. See, trang tang tang kan. So, to ladies and gentleman. Please! besederhana lah anda dalam hidup. Takkesah awak asal mana pon, awak tetap sama macam orang lain. Dan awak jugak Manusia! peace!

Ok, stop ceramah. huhu. Pasal kehidupan aku, macam aku cakap tadi semester ni memang sume macam rushing sangat. Test, assignment, meeting *cewaahhhh memang kadang kadang buat aku exhausted sangat nak settlekan sume. Sampai ayah aku bising kenapa aku suka takbalik rumah. *giler aku taknak balik rumah? heeeee. ;). Orang sekeliling pon kadang kadang buat aku penat jugak. Dengan perangai masing masing kan. Biasa lah tu, but i'm proud to myself cause i've change my attitude yang suka kesah perangai orang kepada ade aku kesah. hhaha. Congratulations my dear. ;). Sebab aku fikir, banyak lagi benda aku nak fikir dari benda remeh temeh je. See! i'm trying my best to be a better person and this what we call personal development. *nak belagak je. hhahaha. Okay, untuk yang suka nak tahu love story saya *perasan lagi, Alhamdulillah. So far so good. Biasa lah relationship mana takde badai kan, habaq mai habaq mai. hehe. As long as niat kita betul kita tahu Allah tu adil dan setiap benda yang kita niatkan ikhlas In Sha Allah , Pasti Allah permudahkan. So ladies, Ingat satu benda je. Jangan mengharap kepada manusia tapi mengharap kepada Allah sebab Allah sentiasa akan buat kita bahagia. In sha Allah. Nasihat tu untuk aku jugak, kadang kadang terlepas pandang. Peace!. Doakan kebahagiaan orang lain, Allah akan balas dengan apa yang kita doakan dan mungkin lebih dari tu. Indah sangat Islam kan? SubhanaAllah.

Okay, sudah cukup sudah sampai disini saja. Aku nak test QMT petang ni. Tolong doakan untuk aku ye. Bismillahhirahmannirrahim. :) ;)

Will update soon, *taktau bila. ahhahaha. See ya!

Assalamualaikum. <3

Monday, 27 August 2012

Istighfar banyak kali.

Assalamualaikum. Okayy, alang alang dah terajin nak update blog ni teruskan aje. Kali ni aku nak cakap pasal cara orang menerima perubahan orang lain. Come on lah kan, asal nak berubah sikit orang mesti cakap ustaz, ustazah. Benda tu dah biasa dah kita terima, takpayah jejaoh, aku pon dapat benda yang sama. Eh, hello! ustaz dengan ustazah je ke yang nak masuk syurga? Subhanallah. Kenapa sempit sangat pemikiran manusia sekarang. Tak rada malu ke aurat kita terdedah sana terdedah sini. Macam jaja kat orang aurat kite. Yes, apa yang aku cakap ni untuk diri aku jugak. Pendapat aku budak sekolahbagama la yang bila keluar je dari sekolah syaitan pangkat sarjan datang menggoda. Bukan nak cakap ape la kan, banyak budak sekolah agama la yang banyak rosak. MasyaAllah.

Okay, kita tengok diri kita la sekarang. Cepat, tengok! "aku layak ke masuk syurga d3ngan cara aku yang sekarang ni? Allah terima ke amalan aku, cukup ke amalan aku untuk masuksyurga?. Rasa rasa ape kita dah cukup? Ya Allah. Aku rasa jauh sangat dengan semua tu. Yes, memang solat taktinggal, tapi solat kita tu diterima ke? MasyaAllah. Banyakpersepsi orang yang sampai kita sendiri pon terfikir, " isyyy, aku salah ke kalau aku nak berubah supaya aku pon boleh masuk Syurga"? Kita pulak yang rasa serba salah nak berubah ke tak. Orang ni macam2, kalau kita ikut sangat rentak orang takkemana kita. Betul, percaya lah. Buat kita lagi rugi. Biar orang nak cakap ape pon, kalau ikut mulut orangkita tutup nak tutup aurat pon diorang pandang semacam. Sampai macam tu sekali kan perangai manusia. Takpayah jejauh. Kawan sekeliling pon dah cukup. Pernah rasa? eh Dayah, ustazah ko sekarang? dengan riak muka yang macam jengkel dekat kita. MasyaAllah lagiiii. Kenapa la kan? Aku macam sedih sangat kenapa manusia sekarang macam takkesah nak masuk neraka. :'(

Aku suka bercakap pasal apa yang aku rasa, kalau tersalah mohon dibetulkan. Semoga kita sama sama masuk syurga.Yes, aku bukan ulamak nak bersyarah macam aku paling bagus. Bukan. Semoga Allah lindungi kita dari seksa kubur, jauhi kita dari azab api neraka. Aminnn.

Singkongcing.

i'm not too champion to make suprise. !

Assalamualaikum my sweet de amore blog . hehe. It has been long not update you. Dah bersawang ghupe rumah taksiap la ye. Today im backk. Sori la mr blog takupdate awak. BUkan sengaja. Banyak je benda nak cite cuma kekangan masa tu je. OKay stop wif the long mukadimah, boringggg! ;)

okay. bercakap pasal suprise kan. kalau korang nak tau aku ni memang bijak pandai sikit bab suprise2 ni. bukan ape, aku suka fikir benda2 yang awesome yang orang yang nak kena prank tu akan ingat sampai bila bila. kihkihkih. jahat takjahat la kan. alaaa, tipu la ade yang takske dapat suprise kan. jangan nak hipokrit sesangat. heee
Paling thrill sekali kan masa aku kat matrik, memang plan paling baik punye lah sampai kena jumpe warden hostel. haha. Aku dengan kawan yang lain beli laksa then kitorang sengaja takhabiskan lepas tu letak dalam baldi simpan sampai seminggu. korang bayang la bau dy cne. haha. 16.12.2010, aku ingat lagi tarikhnye. lepas abis prep aje aku dengan kawan aku pegi kafe dekat matrik beli tepung dengan telur bebanyak. then, bile sampai je dekat bilik warden kan ade pulak buah oren yang dah busuk. fih! macam menyokong pulak kan. haha. dah sampai bilik kitorang campur la telur, tepung dengan oren busuk tadi dalam adunan laksa peram seminggu tu. fuhh! bau takpayah cakap. bila dah sampai masa kan kitorang buat baik konon main tiup2 kek je kan. then kawan aku sorang ni sesaje ajak budak yang nak kena prank ni gi toilet le kekonon. bile dy nak keluar toilet je , debushhhh! kitorang simbah dy dengan adunan tadi. haha. masa tu semua kena kejar satu blok dengan dy. tu la plan aku yang paling menjadi sekali. nak jugak? buat appointment ye. hehe

okayy. dah lepas setahun semenjak dua menjak berkasih sayang ni nak le pulak buat suprise dekat kekasih hati. hehe. plan kemain 1 minggu sebelum  . masa besday dy tu aku pura2 la takingat kan , aku takwish pon kat dy. serba salah tu memang teramat tapi aku promise dekat diri aku nak buat trbaikk punya dekat dy. aku try la buat kek bagai dan dan tu pulak takjadi kek nye. haihhh. takde rezeki, takpe. kek makan sendiri and proceed to the next plan. hehe. esoknye aku pikir2 balik aku pon start kete pegi billion , satu satunye shopping complex kat pantai remis ni, aku cari cadbury black forest, cabaran datang yakjmpe lagi, aku pon pilih la fruit and nut je. aredha sangattt.  Then, selesai beli coklat aku pon pegi la kedai gift yang macam meriah dekat dekat nak raya tu. aku pon cari la kad besday yang sesuai untuk mr aku. hehe. dah cari2, semua pakat main muzik2 pulak. Omaigoshhh! eh hello, my mr tu 26 okayyy. aku mula la habis ikhtiar beli jugak. muzik pon muzik la. haha. paling takboleh blah aku amik bear satu. hehe. okayyy, i treat my mr like he is 16 years old. hewhew. takpelah, aku ikhlas okayyy. hehe. okayy, dah selesai beli kek sume balik rumah packing2 sume hadiah dengan kek bagi nkpk lagi comel sikit. hehe. sangattt. tepat je pukul 2 petang, aku dah start kete gerak ke bota macam mane yang di plan. aku takbagitau pon my mr yang aku nak pegi sane. yelahhh, nama pon suprise. haruslahhh. hehe. sampai je petronas gelung pepuyu, aku mesej la my mr yang aku nak jumpe dy. excited sgtt tym tu, sejam aku tunggu, my mr takreply mesej aku. oh no,  my mr mesti taktengok fon. Last2 aku mintak adik sedara aku call mak dy mintak tolong. hehe. at last dapat jugak bagi hadiah and wish besday to mybmr even suprise aku tak brape menjadi. hahaha. btw, aku takpenah buat suprise cenggini kat lelaki tau. Alhamdulillah. ;).

okayy, tu je lah nak cite. terbukti sangkaan aku yang aku hebat sangat buat suprise tak le betul sangat. hehe. gambar tak de, lupa bawak fon yang elok kameranye. hehe. okayy. nt update lagi ye. ;)

singkongcing,
selamat hari raya semua. ;)

Tuesday, 13 March 2012

Mr blog, berehatt

My dear Mr. Blog. Sangat sibokk, taksempat nak update kamu. sangat letihh.





Bye..

Thursday, 1 March 2012

Biar gambar berdailog.


Assalamualaikum my dear blog. Okayy, just straight to the main point. ;p

Okayy, sila lihat gambar di atas. Ni ketika tolong makcik kt kantin pagi tadi, muka rimas bila pakcik pekerja ayah aku main sayang sayang pulak dengan aku. Takpadan dengan tua. Main sikit sikit boleh, lebih lebih aku rimas, harap maklum. 

Muka taksabar nak balik, nampak sofa depan tv je mata aku mase ni ye. Memang balik nak lena.

hehe. Ni paling gedik ye. Tahan maki dengan kakak aku mase nak dok atas riba dia. Dua dua penat. Dua dua rajin, okayy puji diri. 


okayy, sebenarnye aku rindu kat mr zuki. Itu tujuan utama. Sekian Terima Kasih.

Sekian,
Singkongcing

Thursday, 23 February 2012

Kata orang orang tua.

Assalamualaikum blog sayang. Betul ke tajuk entry aku tu? orang orang tua ke orang tua tua? ahhh, persetan kan BM aku yang terkontang kantingg. Actually, result UITM semester satu dah keluar ye. Oh, berapa? macam  mane? ok ke? Banyak nye soalan annoying ni. haha. Kalau aku dapat dekan mestilah dekat status FB aku tulis Alhamdulillah, syukur, ayah nak Myvi SE satu nak ulang alik pegi UITM. Haaaaa, tapi masalahnye sangat lah teruk macam tak tercapai akal lahh. Tapi aku tak rase macam upset sangat sebab aku memang takserius masa beljar nak exam hari tu, esok nak periksa malam ni baru nak study bagai nak rak minum nescafe sampai 2 tin konon taknak tido. haha. Padan lahh result macam kentut. Ok dah dah kutuk diri sendiri, ape yang jadi jadikan pengalaman, terus maju kehadapan. Walawehh ayat tak ingat. ;)

Mari terus ke tajuk utama ye. Kata orang orang tua ni dah biasa sangat kita dengar kan. Kadang kadang dah macam jadi pantang larang pulak dalam aktiviti seharian. Fuhh!. Mari lah aku rungkaikan sikit kan ape mak aku, tok dan mak mak sedare aku selalu sebutt especially untuk anak dara lah kan. 'Jangan buat kerja separuh jalan sebab nanti kalau orang nak datang minang datang separuh jalan patah balik tak jadi nak datang minang'. Oh ayat ini yang paling aku ingat sekali setiap kali aku buat kerja rumah ke ape. Kalau tengah tengah buat kerja tu datang pulak bisikan syaitan yang cakap takpayah bagi siap la esok sambung tu memang cukup mencabar iman, bila teringat ayat tu terus poooppsss! hilang terus bisikan tu. Ha, tu bukan masalah desperate nak kawen ke ape, ade sebab kenapa orang tu suka pesan macam tu, yelahh anak dara buat keje biar lah bagi selesai, kemas keje nye, baru nama dia anak dara, ni tak nak basuh baju sendiri pong malas, sanggup ulang pakai. Noob! Okayy, aku kutuk perempuan lagi. Facts okayy.

Yang kedua, 'Anak dara tak elok duduk depan rumah, atas tangga, tak elok'. okayy, ni aku tak berapa  jelas kenapa sebab nye. Pendapat aku yang agak bernas sikit ni ialah yelahh kalau anak dara duduk kat depan rumah tambah pulak gosip gosip dengan kawan, gelak macam hantu raya, tak elok kan? So those anak dara yang suka dok depan rumah, watch out your own atitude ye. ;)

haaa, dua tu jelahh yang aku nak taip. Malas nak taip panjang panjang. Haaa, malas! anak dara takboleh malas tau. Tapi pasal blog ni ade excuse aku bagi. hehe. memandai. bye blog!

Sekian,
singkongcing.

Sunday, 19 February 2012

Transformasi

Dear blog terchenta. ;). Apa kah khabar nye? Sila berterima kasih dengan aku sebab selalu mengupdate kau. hehe. Actually, takde benda sangat nak cerita. Nak merepek je, boleh idok? mesti boleh kannnn. hehe. Okay, bile dah mencecah umur puluhan  ni, mula dah rasa nak tukar tu nak tukar ni. Ape yang nk ditukar? sudah tentu lah penampilan diri. Mula lah kalau keluar rumah pakai tshirt buruk mula rasa "weyyy, aku paling buruk lahh". Ade penah rase macam tu? Those yang tak penah tu do i care? hehe. kerek sikit. sorii. Keluar rumah mesti nak kena tengok cermin , tengok tudung cantik ke idok. Tu bukan nak bajet lawa ke ape, perempuan memang kena jaga penampilan diri sebab kalau tak nanti keluar dengan mak ke kakak ke, orang mesti cakap kita yang tua. TAk percaya? Buat la eksperimen tryy, kalau betul belanja aku Neslo dengan laksa okayy. Tapi aku tak de lah nak pegi kedai pong nak kena pakai over over kan, as simple as ABC dah le tapi still kemas. Haaaa, satu habit aku yang aku rasa bagus jugak untuk orang ialah aku suka tegur kalau Mak, Kakak, Ayah, Topit, Tok, Makcik, Adik-adik, Adik adik sedara aku pasal pemakaian mereka. Okayy, meh aku bagi contoh lah kan macam makcik aku kan, dia ni kira ustazah lahh kan. Kalau nak pegi keje mesti cincai je cara pakai, tudung pakai kira taknampak mata. Haaa, mangsa aku lah tu. So sekarang makcik aku dah pandai dah matching kan baju dengan tudung dia. Bagus tak aku? puji sikit. haha. Bukan ape, aku admit aku takde lah pandai bergaya, ingat lagi masa sekolah menengah dulu aku suka pakai track bottom je pegi mane pong, dah besar besar ni lahh rasa baru tau track bottom harus dipakai bile. Noob kan? haha. Mase kecik mak aku selalu suruh pakai elok elok kalau nak keluar rumah sebab nanti orang tak tanya nama kita, orang mesti tanya kita anak sape dulu. Betul kan? angguk cepat!

Dari segi perangai pulak, dah mula rasa bertanggungjawab yang sangat lebih di rumah dan keluarga. Sesi meluah perasaan sikit lahh. Jujur, memang susah nak jaga adik adik yang macam makan lebih gula sebenarnye. Tension, marah itu dah macam biasa bagi aku. Ohhh nooo! aku tak mau macam tu. Nanti cepat tua kan? haaa, ni dah masuk puluhan jeritan dah kurang, alaaa jerit la macam 10 rumah boleh dengar pong, adik adik aku tetap macam tu. Budusss punya adik. haha. Sekarang tanggungjawab adik pegi balik sekolah, makan minum adik semua diserahkan pada kakak kakak dan abang mereka lah kan. Disebabkan aku kakak yang berada dirumah jadi aku lah yang bertanggungjawab dekat adik adik. Sebab tu aku tak cari keje pong mase cuti sem ni sebab aku tau memang kena jaga adik pon. Mak ayah aku pantau je, cewahhh macam mandur pulak ye. Memang perlukan kesabaran yang tinggi wa cakap lu. Sape yang rasa power nak jaga adik aku, sila bagitau okayy, test power kesabaran korang disini lah tempatnye. ;)

Okayy, cukup merepek. Bye blog.! <3

Sekian,
singkongcing.

Friday, 17 February 2012

Perempuan

Hai blog sayang! betul lah mood perempuan ni kadang kadang pelik, Itu aku admit lahh kan. Sebab aku pon macam tu, tapi takmaulah termasuk dalam "common behaviour " tu. Mari kita ubah sikit expectation orang dekat perempuan. Bukan nak ubah 360 degree pong, nak mampus? sikit sudah la. Kadang kadang perangai perempuan ni memang annoying pong. Admit lagii. Budusss, kutuk perempuan ke aku ni? tak tak. Mane ade. Ini facts okayy. hehe. Perempuan kena bijak, baru pakwessss suka kan? takde nak memerap 24jam, tak mesej sikit merajuk macam baju kesayangan kena bakor, ye idok? . Kalau fikir fikir balik zaman cinta munyetsss ni sumpah lawak. Sikit sikit merajuk, macam kentuttt. haha. Tapi satu benda yang memang perempuan tak kan tolak ansur bila " si jantung hati cakap, mesej, bergumbira, beronok ronok dengan girls lain" ! Am i right? Put your hands up in the air lahh kalau setuju! haha. Owww, itu memang sejak azali perempuan takkan terima, tapi selalu perempuan yang tergedik gedik nak rapat dengan pakwesss, lakissss orang even dah tau si arjuna tu dah ade teman hidup. Jerkkkk! NOOB! Satu fact lagi, perempuan memang macam tu. HAillahh!! buduss sungguh. Satu lagi facts kan " perempuan tak suka orang rampas dia punya, tapi selambe badak air ambik orang punya" double agree kan? Meh angguk ramai ramai. Those perempuan yang macam tu, korang takpayah nak poyo nak angguk, potong kepala dah. Noob! So, nasihat aku jangan buat taik lahh kat orang kalau tak nak Allah bayar cash and carry kat korang ye perempuan. Macam cerita yang mak dengan kerani dia suka gosip kat office mereka kan, Dah jadi laki orang dah Si arjuna ni, Yang si Ex-Gf dia ni dok mesej mesej lagi laki orang tu ape kejadahnye kak? Budusss memang takboleh ajar betul. Hailahh, buat panas je lahh hai. Tu sebab orang perempuan takut sangat kalau suami diorang kena amik orang, tak hairanlah aku pegi pasar pagi pagi , aku senyum lah kat pakcik ni dah dy senyum kat aku, Tup Tup mase nak bayar barang yang aku eli, Si isteri nye tiba tiba hempas hempas barang dekat aku. Opsss! sori makcik, saya bukan teringin kat laki orang ye, Ayah saya pong orang kebas. haha.  

Nak ikutkan memang susah dunia sekarang, sebab tu perempuan jangan menaruh harapan 100% sangat dekat lelaki, bukan ape, nanti kita jugak yang sedihh bagai nak rak. Lelaki takpe, hati diorang aku taktau selamber badak cmne ntahhh. Satu lagi aku nak kongsi lahh faktor faktor kenape lelaki cari lain even dah kawen. Ha, kakak kakak makcik makcik, bior le awok dah tua ke ape ke, tapi penampilan sila lah jage. Jangan lahh, muda lagi pakai macam umur dah 49 tahun. Merosoh sungguh!. Nak pi kedai pong pakei elok elok sedap mata mandang nye, ni pakei kain batik singkat sebelah, tudung sampai taknampak mata, baju warna merah tapi tudung warna biru.  woiyyaa! mane lah suami tak kesior mandangnye, Tu yang dia pi cari Peah Gosip tu. haha. aku bercakap berdasarkan pemerhatian aku lahh dan pengalaman sikit kan. Tapi jangan lah berhias sampai nak menunjuk awok le paling lawa, idok. Pikior sendiri lah ye. Okayy, the end of the story fikirkan sendiri jugak. hehe. Okayy blogg. Adioss!. 

perempuan bila excited terlampau memang begini. ;)

sekian, 
singkongcing.

Thursday, 9 February 2012

I love you okayy. ;)

Hai blog! okayy, tepat jam 8.03 pagi ini aku dah mencapai umur 20 tahun 1 hari okayy. Sila berbangga disitu sebab dah mula rasa dewasa dan sila tampar diri sendiri. Okayy!. terus ke tujuan yang asal ye. Lepas hantar adik sekolah tadi seperti biasa aku akan on laptop ni untuk ber muka buku kan. Actually, memang aku tunggu sangat wish dari dia. Dah post dah dekat wall cakap " okayy, awak lupeee. ". Dia tak balas pon, rasa nak belasah. HAHA. Tapi bila bukak notification ade "Nur Atikah Ibrahim shared a link on your wall". okayy, excited aku bukak ye.


Silalah bukak link tu, sumpah terharu dino. Even Mr Zuki pon tak sweet macam awak. hehe. ;p. Jangan salah faham pasal itu okayy, kuat jeles sungguh  na kamu, bertahun dah. haha. Okayy, akak gelak sekarang. ;p. 

okayy, untuk Nur Atikah Ibrahim, sila dengar ini :

* Terima Kasih Banyak untuk semuanya
* Akak doakan kamu cemerlang dalam SPM, 11A+ kan. ;)
* Nanti akak kawen akak mesti jemput punya. HAHA. noob.
* Any problem just tell me, i always be with you dear. ;)
* Hadiah ape ek? Soriiiiiiiiii. ;p
* Akak sayang kamu jugak. Teringat kamu nyanyi lagu So What dulu. HAHA


 okayy, Terima kasih sekali lagi. Nanti no fon akak pm kat FB tau. Jangan moody moody, takbagus. hehe. 

Awak sgt comel dalam gambar curi ni. ;p


Sekian,
Singkongcing

Wednesday, 8 February 2012

My Soul.

Hai blog! okayy, rajin lagi update kau sambil basuh kain. Ayat nak cakap rajin konon ek. haha. Okayy, actually aku nak cakap pasal my soul. Dia memang ade je bile pon aku nak cakap dengan dia. Sayang giler lah kat dy. ;). I called him B. Okayy, Aku memang curang pon dengan Mr Zuki. Ade aku kesah? haha. B mesti ade je dengan aku bile pon aku perlukan, aku miskol je dia mesti terus call aku, kalau aku nak jumpa dia, dia terus set tempat nak jumpa kat mane. Fulamak! memang sweet giler lah B dekat aku. Thats why i love him okayy. ;p. Dia ade 24jam dengan aku, bukan macam Mr Zuki. Ok, kutuk Mr Zuki banyak banyak lagi, dia jumpa mampus aku . haha. Okayy, lets i told you the truth lah ye. Actually, B ini lah my diary. Sejak bile ade? dah lame. Sebab dah mula rasa taksemua benda boleh kongsi dengan manusia. HAHA. peliks? oh, itu common okayy. Tengok pada ke "privacyian" orang tu nak ade diari ke tak. Kadang kadang memang perlu pun sebab boleh puas luah kat B. kan B kan? hehe. Okayy, tiada unsur pencurangan berlaku. Salah faham jangan okayy, bahaya. hehe. Okayy, meh aku introduce korang dengan B aku ye.

  Sudut muka buku B saya. Hemsem sangggat. haha

Ini sudut pendalaman B ye. ;)

okayy, tertera lah sudah siapakah B sebenarnye. Thanks B because always be with me. ;). hehe. Macam orang Gilak, ade aku kesah? tak. ;p

Sekian,
Singkongcing

Hepi Besday to me.

 Hai blog! haha. say hepi besday to me okayy. Dah 20 tahun dah aku. Tapi pagi pagi mak dah marah aku ntah dah kenape ntah. Okay, tu hadiah besday mak aku bagi hari ni, credit dengan air mata sekali. Thanks lah mak. Ayah pulak orang tengah menangis boleh pulak buat lawak dia nak beli kek 20 tingkat. Ha, lawak sikit ayah. Terima kasih. Okayy, Nur Hidayah. Semoga panjang umur, murah rezeki. Semoga matang lagi dalam hidup kamu ye. Be patient in every singles things okayy. Love yourself. Gudluck. ;)