Saturday 29 October 2011

Kal Ho Na Ho

Memang giler lahh cerita nihh buat aku nangis giler sedu sedan. Even cerita nihh dah lapok kan, Aku je yang baru first time nak tengok. Best sangat . Bayangkan pengorbanan cinta tu sangat kuatt. Ya Allah. Kalau lah aku aku dapat cinta macam Aman bagi dekat Naina kan bagus. Haha. Semoga Aman datangg kat aku nanti. haha

Jom layan

Aku tengok movie nihh sampai pukul 3 pagi. Hebattt!

Sekian,
Singkongcing

Sunday 16 October 2011

Mulakan Hidup Baru

Assalamualaikum.

Kisah baru aku. Mungkin bermula dari sini. Apa yang bakal datang aku tidak pasti. Hati masih keliru dengan perasaan sendiri. Ya Allah. Hanya Kau saja tahu jalan yang terbaik buat diriku ini Ya Allah. Mungkin benar dia bukan lagi milikku. Bila difikirkan balik, mungkin ini jalan terbaik. Terlalu banyak dosa yang dibuat hingga malu dengan diri sendiri. Mungkin dulu aku tidak punya Iman untuk  menerima takdirmu. Tapi sekarang aku masih lagi dalam proses membetulkan semula perasaan aku yang entah kemana menghilang. Cuba untuk menjadi diri sendiri, Cuba untuk tidak mengulangi lagi kisah lampau aku. Orang yang kita terlalu sayang tidak selalu akan menjadi milik kita sepenuhnya. Kini baru aku mengerti erti cinta yang ada dalam hati. Biarlah aku tidak dapat semula cinta aku, tapi asalkan melihat dan mengetahui orang yang dicintai bahagia, sudah cukup untuk aku juga bahagia. Biar aku dibenci, dikatakan "top blacklist". Memang. Memang amat pahit perkataan itu, Tetapi aku cuba untuk menerimanya kerana mungkin itu  adalah kesalahan diri aku yang sukar untuk berfikir panjang tentang keputusan yang ingin dibuat. Tidak mengapalah, Allah sayang aku. Aku sering diingatkan dengan ujian ujian Allah yang kadang kadang aku sendiri tidak dapat menanggungnya. Menjadi lebih matang adalah matlamat aku supaya aku tau erti dunia. Janji juga jangan dituturkan jika tidak dapat menunaikannya. Amat pedih. ya, sangat pedih. Aku cuba untuk berubah. Jodoh pertemuan semua ditangan Allah. Cukup sudah aku banyak merancang, tetapi yang pasti tidak semuanya akan menjadi. Jika kasih sayang itu dititipkan dengan maksiat, nescaya pasti tidak akan berkekalan. Ya, aku mengaku hati aku masih ada dia, tapi sampai bilakan. Aku harus menunaikan tanggungjawab aku. Allah, keluarga yang selalu berada disisi, sahabat . Alhamdulillah. Jangan menyalahkan orang lain, takdir.

Semangat singkongcing.