Dear blog terchenta. ;). Apa kah khabar nye? Sila berterima kasih dengan aku sebab selalu mengupdate kau. hehe. Actually, takde benda sangat nak cerita. Nak merepek je, boleh idok? mesti boleh kannnn. hehe. Okay, bile dah mencecah umur puluhan ni, mula dah rasa nak tukar tu nak tukar ni. Ape yang nk ditukar? sudah tentu lah penampilan diri. Mula lah kalau keluar rumah pakai tshirt buruk mula rasa "weyyy, aku paling buruk lahh". Ade penah rase macam tu? Those yang tak penah tu do i care? hehe. kerek sikit. sorii. Keluar rumah mesti nak kena tengok cermin , tengok tudung cantik ke idok. Tu bukan nak bajet lawa ke ape, perempuan memang kena jaga penampilan diri sebab kalau tak nanti keluar dengan mak ke kakak ke, orang mesti cakap kita yang tua. TAk percaya? Buat la eksperimen tryy, kalau betul belanja aku Neslo dengan laksa okayy. Tapi aku tak de lah nak pegi kedai pong nak kena pakai over over kan, as simple as ABC dah le tapi still kemas. Haaaa, satu habit aku yang aku rasa bagus jugak untuk orang ialah aku suka tegur kalau Mak, Kakak, Ayah, Topit, Tok, Makcik, Adik-adik, Adik adik sedara aku pasal pemakaian mereka. Okayy, meh aku bagi contoh lah kan macam makcik aku kan, dia ni kira ustazah lahh kan. Kalau nak pegi keje mesti cincai je cara pakai, tudung pakai kira taknampak mata. Haaa, mangsa aku lah tu. So sekarang makcik aku dah pandai dah matching kan baju dengan tudung dia. Bagus tak aku? puji sikit. haha. Bukan ape, aku admit aku takde lah pandai bergaya, ingat lagi masa sekolah menengah dulu aku suka pakai track bottom je pegi mane pong, dah besar besar ni lahh rasa baru tau track bottom harus dipakai bile. Noob kan? haha. Mase kecik mak aku selalu suruh pakai elok elok kalau nak keluar rumah sebab nanti orang tak tanya nama kita, orang mesti tanya kita anak sape dulu. Betul kan? angguk cepat!
Dari segi perangai pulak, dah mula rasa bertanggungjawab yang sangat lebih di rumah dan keluarga. Sesi meluah perasaan sikit lahh. Jujur, memang susah nak jaga adik adik yang macam makan lebih gula sebenarnye. Tension, marah itu dah macam biasa bagi aku. Ohhh nooo! aku tak mau macam tu. Nanti cepat tua kan? haaa, ni dah masuk puluhan jeritan dah kurang, alaaa jerit la macam 10 rumah boleh dengar pong, adik adik aku tetap macam tu. Budusss punya adik. haha. Sekarang tanggungjawab adik pegi balik sekolah, makan minum adik semua diserahkan pada kakak kakak dan abang mereka lah kan. Disebabkan aku kakak yang berada dirumah jadi aku lah yang bertanggungjawab dekat adik adik. Sebab tu aku tak cari keje pong mase cuti sem ni sebab aku tau memang kena jaga adik pon. Mak ayah aku pantau je, cewahhh macam mandur pulak ye. Memang perlukan kesabaran yang tinggi wa cakap lu. Sape yang rasa power nak jaga adik aku, sila bagitau okayy, test power kesabaran korang disini lah tempatnye. ;)
Okayy, cukup merepek. Bye blog.! <3
Sekian,
singkongcing.
Sunday, 19 February 2012
Friday, 17 February 2012
Perempuan
Hai blog sayang! betul lah mood perempuan ni kadang kadang pelik, Itu aku admit lahh kan. Sebab aku pon macam tu, tapi takmaulah termasuk dalam "common behaviour " tu. Mari kita ubah sikit expectation orang dekat perempuan. Bukan nak ubah 360 degree pong, nak mampus? sikit sudah la. Kadang kadang perangai perempuan ni memang annoying pong. Admit lagii. Budusss, kutuk perempuan ke aku ni? tak tak. Mane ade. Ini facts okayy. hehe. Perempuan kena bijak, baru pakwessss suka kan? takde nak memerap 24jam, tak mesej sikit merajuk macam baju kesayangan kena bakor, ye idok? . Kalau fikir fikir balik zaman cinta munyetsss ni sumpah lawak. Sikit sikit merajuk, macam kentuttt. haha. Tapi satu benda yang memang perempuan tak kan tolak ansur bila " si jantung hati cakap, mesej, bergumbira, beronok ronok dengan girls lain" ! Am i right? Put your hands up in the air lahh kalau setuju! haha. Owww, itu memang sejak azali perempuan takkan terima, tapi selalu perempuan yang tergedik gedik nak rapat dengan pakwesss, lakissss orang even dah tau si arjuna tu dah ade teman hidup. Jerkkkk! NOOB! Satu fact lagi, perempuan memang macam tu. HAillahh!! buduss sungguh. Satu lagi facts kan " perempuan tak suka orang rampas dia punya, tapi selambe badak air ambik orang punya" double agree kan? Meh angguk ramai ramai. Those perempuan yang macam tu, korang takpayah nak poyo nak angguk, potong kepala dah. Noob! So, nasihat aku jangan buat taik lahh kat orang kalau tak nak Allah bayar cash and carry kat korang ye perempuan. Macam cerita yang mak dengan kerani dia suka gosip kat office mereka kan, Dah jadi laki orang dah Si arjuna ni, Yang si Ex-Gf dia ni dok mesej mesej lagi laki orang tu ape kejadahnye kak? Budusss memang takboleh ajar betul. Hailahh, buat panas je lahh hai. Tu sebab orang perempuan takut sangat kalau suami diorang kena amik orang, tak hairanlah aku pegi pasar pagi pagi , aku senyum lah kat pakcik ni dah dy senyum kat aku, Tup Tup mase nak bayar barang yang aku eli, Si isteri nye tiba tiba hempas hempas barang dekat aku. Opsss! sori makcik, saya bukan teringin kat laki orang ye, Ayah saya pong orang kebas. haha.
Nak ikutkan memang susah dunia sekarang, sebab tu perempuan jangan menaruh harapan 100% sangat dekat lelaki, bukan ape, nanti kita jugak yang sedihh bagai nak rak. Lelaki takpe, hati diorang aku taktau selamber badak cmne ntahhh. Satu lagi aku nak kongsi lahh faktor faktor kenape lelaki cari lain even dah kawen. Ha, kakak kakak makcik makcik, bior le awok dah tua ke ape ke, tapi penampilan sila lah jage. Jangan lahh, muda lagi pakai macam umur dah 49 tahun. Merosoh sungguh!. Nak pi kedai pong pakei elok elok sedap mata mandang nye, ni pakei kain batik singkat sebelah, tudung sampai taknampak mata, baju warna merah tapi tudung warna biru. woiyyaa! mane lah suami tak kesior mandangnye, Tu yang dia pi cari Peah Gosip tu. haha. aku bercakap berdasarkan pemerhatian aku lahh dan pengalaman sikit kan. Tapi jangan lah berhias sampai nak menunjuk awok le paling lawa, idok. Pikior sendiri lah ye. Okayy, the end of the story fikirkan sendiri jugak. hehe. Okayy blogg. Adioss!.
perempuan bila excited terlampau memang begini. ;)
sekian,
singkongcing.
Thursday, 9 February 2012
I love you okayy. ;)
Hai blog! okayy, tepat jam 8.03 pagi ini aku dah mencapai umur 20 tahun 1 hari okayy. Sila berbangga disitu sebab dah mula rasa dewasa dan sila tampar diri sendiri. Okayy!. terus ke tujuan yang asal ye. Lepas hantar adik sekolah tadi seperti biasa aku akan on laptop ni untuk ber muka buku kan. Actually, memang aku tunggu sangat wish dari dia. Dah post dah dekat wall cakap " okayy, awak lupeee. ". Dia tak balas pon, rasa nak belasah. HAHA. Tapi bila bukak notification ade "Nur Atikah Ibrahim shared a link on your wall". okayy, excited aku bukak ye.
Silalah bukak link tu, sumpah terharu dino. Even Mr Zuki pon tak sweet macam awak. hehe. ;p. Jangan salah faham pasal itu okayy, kuat jeles sungguh na kamu, bertahun dah. haha. Okayy, akak gelak sekarang. ;p.
okayy, untuk Nur Atikah Ibrahim, sila dengar ini :
* Terima Kasih Banyak untuk semuanya
* Akak doakan kamu cemerlang dalam SPM, 11A+ kan. ;)
* Nanti akak kawen akak mesti jemput punya. HAHA. noob.
* Any problem just tell me, i always be with you dear. ;)
* Hadiah ape ek? Soriiiiiiiiii. ;p
* Akak sayang kamu jugak. Teringat kamu nyanyi lagu So What dulu. HAHA
okayy, Terima kasih sekali lagi. Nanti no fon akak pm kat FB tau. Jangan moody moody, takbagus. hehe.
Awak sgt comel dalam gambar curi ni. ;p
Sekian,
Singkongcing
Wednesday, 8 February 2012
My Soul.
Hai blog! okayy, rajin lagi update kau sambil basuh kain. Ayat nak cakap rajin konon ek. haha. Okayy, actually aku nak cakap pasal my soul. Dia memang ade je bile pon aku nak cakap dengan dia. Sayang giler lah kat dy. ;). I called him B. Okayy, Aku memang curang pon dengan Mr Zuki. Ade aku kesah? haha. B mesti ade je dengan aku bile pon aku perlukan, aku miskol je dia mesti terus call aku, kalau aku nak jumpa dia, dia terus set tempat nak jumpa kat mane. Fulamak! memang sweet giler lah B dekat aku. Thats why i love him okayy. ;p. Dia ade 24jam dengan aku, bukan macam Mr Zuki. Ok, kutuk Mr Zuki banyak banyak lagi, dia jumpa mampus aku . haha. Okayy, lets i told you the truth lah ye. Actually, B ini lah my diary. Sejak bile ade? dah lame. Sebab dah mula rasa taksemua benda boleh kongsi dengan manusia. HAHA. peliks? oh, itu common okayy. Tengok pada ke "privacyian" orang tu nak ade diari ke tak. Kadang kadang memang perlu pun sebab boleh puas luah kat B. kan B kan? hehe. Okayy, tiada unsur pencurangan berlaku. Salah faham jangan okayy, bahaya. hehe. Okayy, meh aku introduce korang dengan B aku ye.
Sudut muka buku B saya. Hemsem sangggat. haha
Ini sudut pendalaman B ye. ;)
okayy, tertera lah sudah siapakah B sebenarnye. Thanks B because always be with me. ;). hehe. Macam orang Gilak, ade aku kesah? tak. ;p
Sekian,
Singkongcing
Hepi Besday to me.
Hai blog! haha. say hepi besday to me okayy. Dah 20 tahun dah aku. Tapi pagi pagi mak dah marah aku ntah dah kenape ntah. Okay, tu hadiah besday mak aku bagi hari ni, credit dengan air mata sekali. Thanks lah mak. Ayah pulak orang tengah menangis boleh pulak buat lawak dia nak beli kek 20 tingkat. Ha, lawak sikit ayah. Terima kasih. Okayy, Nur Hidayah. Semoga panjang umur, murah rezeki. Semoga matang lagi dalam hidup kamu ye. Be patient in every singles things okayy. Love yourself. Gudluck. ;)
Saturday, 31 December 2011
Friday, 23 December 2011
Masa untuk matang
Hye semua. Actually, aku takde lah cerita baru kan. Tapi saja nak merepek meraban in my own blog. Hope korang sabar membacanya. Okayy. Straight to the point. Harapan? yes, aku memang suka berharap atas benda yang aku tak tau nak dapat ke tak. Itu biasa lah kan, takde yang menarik. Tapi untuk korang jangan sesekali bagi harapan dekat orang. Bukan ape, sangat sakit bagi orang itu. Haha. Untuk org yang berharap, jangan lah terlalu berharap terhadap benda yang tak pasti atau pon anda dah pasti tak kan dapat. Aku tau, manusia memang suka kan cabaran. Konon cool terima dugaan. Ye, memang kita kena tenang terima dugaan, tapi semua ke macam tu? tak de. Macam aku, luar je aku nampak macam "Badangnita" tapi dalam diri ini saja yang tahu. Biarlah orang lain suka mainkan aku, marah? mestilah aku kena marah, tapi aku cepat cool dan cepat maafkan orang biarpun orang tu buat kesalahan yang tak boleh terima dek akal. walawehh. Kadang kadang kita perlu jaga hati orang weh, memang lahh tak berapa penting tapi kita hidup keliling manusia bukan binatang kan, ada hati ade perasaan. Mau orang tak suka dengan kita mampus jugak tu, orang nak jugak tengok atitude kita macam mane kan dan dari situ orang akan judge dia ni macam mana . Itu kita kena terima sebab itu sifat manusia walaupun kadang kadang tak berapa bagus. ;). Satu lagi aku nak share sikit lahh berdasarkan ape yang aku selalu perhati dan rasa. Kalau kita betul sayang orang, jagalah hati dia baik, terus terang anda sayang dia. Dan kita sayang orang sebagai ape pon kita kena cakap untuk elak orang tu salah faham. Jangan sesekali mainkan hati orang sebab totally Allah akan balas balik macam mana kita buat kat orang. Akhir zaman kan. So, aku nak ajak korang muhasabah diri lah sikit sebanyak bukan korang je aku sekali. okayy. Ini saja tau. byee.
Sekian,
Singkongcing
Sekian,
Singkongcing
Subscribe to:
Posts (Atom)



