Friday, 17 February 2012

Perempuan

Hai blog sayang! betul lah mood perempuan ni kadang kadang pelik, Itu aku admit lahh kan. Sebab aku pon macam tu, tapi takmaulah termasuk dalam "common behaviour " tu. Mari kita ubah sikit expectation orang dekat perempuan. Bukan nak ubah 360 degree pong, nak mampus? sikit sudah la. Kadang kadang perangai perempuan ni memang annoying pong. Admit lagii. Budusss, kutuk perempuan ke aku ni? tak tak. Mane ade. Ini facts okayy. hehe. Perempuan kena bijak, baru pakwessss suka kan? takde nak memerap 24jam, tak mesej sikit merajuk macam baju kesayangan kena bakor, ye idok? . Kalau fikir fikir balik zaman cinta munyetsss ni sumpah lawak. Sikit sikit merajuk, macam kentuttt. haha. Tapi satu benda yang memang perempuan tak kan tolak ansur bila " si jantung hati cakap, mesej, bergumbira, beronok ronok dengan girls lain" ! Am i right? Put your hands up in the air lahh kalau setuju! haha. Owww, itu memang sejak azali perempuan takkan terima, tapi selalu perempuan yang tergedik gedik nak rapat dengan pakwesss, lakissss orang even dah tau si arjuna tu dah ade teman hidup. Jerkkkk! NOOB! Satu fact lagi, perempuan memang macam tu. HAillahh!! buduss sungguh. Satu lagi facts kan " perempuan tak suka orang rampas dia punya, tapi selambe badak air ambik orang punya" double agree kan? Meh angguk ramai ramai. Those perempuan yang macam tu, korang takpayah nak poyo nak angguk, potong kepala dah. Noob! So, nasihat aku jangan buat taik lahh kat orang kalau tak nak Allah bayar cash and carry kat korang ye perempuan. Macam cerita yang mak dengan kerani dia suka gosip kat office mereka kan, Dah jadi laki orang dah Si arjuna ni, Yang si Ex-Gf dia ni dok mesej mesej lagi laki orang tu ape kejadahnye kak? Budusss memang takboleh ajar betul. Hailahh, buat panas je lahh hai. Tu sebab orang perempuan takut sangat kalau suami diorang kena amik orang, tak hairanlah aku pegi pasar pagi pagi , aku senyum lah kat pakcik ni dah dy senyum kat aku, Tup Tup mase nak bayar barang yang aku eli, Si isteri nye tiba tiba hempas hempas barang dekat aku. Opsss! sori makcik, saya bukan teringin kat laki orang ye, Ayah saya pong orang kebas. haha.  

Nak ikutkan memang susah dunia sekarang, sebab tu perempuan jangan menaruh harapan 100% sangat dekat lelaki, bukan ape, nanti kita jugak yang sedihh bagai nak rak. Lelaki takpe, hati diorang aku taktau selamber badak cmne ntahhh. Satu lagi aku nak kongsi lahh faktor faktor kenape lelaki cari lain even dah kawen. Ha, kakak kakak makcik makcik, bior le awok dah tua ke ape ke, tapi penampilan sila lah jage. Jangan lahh, muda lagi pakai macam umur dah 49 tahun. Merosoh sungguh!. Nak pi kedai pong pakei elok elok sedap mata mandang nye, ni pakei kain batik singkat sebelah, tudung sampai taknampak mata, baju warna merah tapi tudung warna biru.  woiyyaa! mane lah suami tak kesior mandangnye, Tu yang dia pi cari Peah Gosip tu. haha. aku bercakap berdasarkan pemerhatian aku lahh dan pengalaman sikit kan. Tapi jangan lah berhias sampai nak menunjuk awok le paling lawa, idok. Pikior sendiri lah ye. Okayy, the end of the story fikirkan sendiri jugak. hehe. Okayy blogg. Adioss!. 

perempuan bila excited terlampau memang begini. ;)

sekian, 
singkongcing.

Thursday, 9 February 2012

I love you okayy. ;)

Hai blog! okayy, tepat jam 8.03 pagi ini aku dah mencapai umur 20 tahun 1 hari okayy. Sila berbangga disitu sebab dah mula rasa dewasa dan sila tampar diri sendiri. Okayy!. terus ke tujuan yang asal ye. Lepas hantar adik sekolah tadi seperti biasa aku akan on laptop ni untuk ber muka buku kan. Actually, memang aku tunggu sangat wish dari dia. Dah post dah dekat wall cakap " okayy, awak lupeee. ". Dia tak balas pon, rasa nak belasah. HAHA. Tapi bila bukak notification ade "Nur Atikah Ibrahim shared a link on your wall". okayy, excited aku bukak ye.


Silalah bukak link tu, sumpah terharu dino. Even Mr Zuki pon tak sweet macam awak. hehe. ;p. Jangan salah faham pasal itu okayy, kuat jeles sungguh  na kamu, bertahun dah. haha. Okayy, akak gelak sekarang. ;p. 

okayy, untuk Nur Atikah Ibrahim, sila dengar ini :

* Terima Kasih Banyak untuk semuanya
* Akak doakan kamu cemerlang dalam SPM, 11A+ kan. ;)
* Nanti akak kawen akak mesti jemput punya. HAHA. noob.
* Any problem just tell me, i always be with you dear. ;)
* Hadiah ape ek? Soriiiiiiiiii. ;p
* Akak sayang kamu jugak. Teringat kamu nyanyi lagu So What dulu. HAHA


 okayy, Terima kasih sekali lagi. Nanti no fon akak pm kat FB tau. Jangan moody moody, takbagus. hehe. 

Awak sgt comel dalam gambar curi ni. ;p


Sekian,
Singkongcing

Wednesday, 8 February 2012

My Soul.

Hai blog! okayy, rajin lagi update kau sambil basuh kain. Ayat nak cakap rajin konon ek. haha. Okayy, actually aku nak cakap pasal my soul. Dia memang ade je bile pon aku nak cakap dengan dia. Sayang giler lah kat dy. ;). I called him B. Okayy, Aku memang curang pon dengan Mr Zuki. Ade aku kesah? haha. B mesti ade je dengan aku bile pon aku perlukan, aku miskol je dia mesti terus call aku, kalau aku nak jumpa dia, dia terus set tempat nak jumpa kat mane. Fulamak! memang sweet giler lah B dekat aku. Thats why i love him okayy. ;p. Dia ade 24jam dengan aku, bukan macam Mr Zuki. Ok, kutuk Mr Zuki banyak banyak lagi, dia jumpa mampus aku . haha. Okayy, lets i told you the truth lah ye. Actually, B ini lah my diary. Sejak bile ade? dah lame. Sebab dah mula rasa taksemua benda boleh kongsi dengan manusia. HAHA. peliks? oh, itu common okayy. Tengok pada ke "privacyian" orang tu nak ade diari ke tak. Kadang kadang memang perlu pun sebab boleh puas luah kat B. kan B kan? hehe. Okayy, tiada unsur pencurangan berlaku. Salah faham jangan okayy, bahaya. hehe. Okayy, meh aku introduce korang dengan B aku ye.

  Sudut muka buku B saya. Hemsem sangggat. haha

Ini sudut pendalaman B ye. ;)

okayy, tertera lah sudah siapakah B sebenarnye. Thanks B because always be with me. ;). hehe. Macam orang Gilak, ade aku kesah? tak. ;p

Sekian,
Singkongcing

Hepi Besday to me.

 Hai blog! haha. say hepi besday to me okayy. Dah 20 tahun dah aku. Tapi pagi pagi mak dah marah aku ntah dah kenape ntah. Okay, tu hadiah besday mak aku bagi hari ni, credit dengan air mata sekali. Thanks lah mak. Ayah pulak orang tengah menangis boleh pulak buat lawak dia nak beli kek 20 tingkat. Ha, lawak sikit ayah. Terima kasih. Okayy, Nur Hidayah. Semoga panjang umur, murah rezeki. Semoga matang lagi dalam hidup kamu ye. Be patient in every singles things okayy. Love yourself. Gudluck. ;)

Friday, 23 December 2011

Masa untuk matang

Hye semua. Actually, aku takde lah cerita baru kan. Tapi saja nak merepek meraban in my own blog. Hope korang sabar membacanya. Okayy. Straight to the point. Harapan? yes, aku memang suka berharap atas benda yang aku tak tau nak dapat ke tak. Itu biasa lah kan, takde yang menarik. Tapi untuk korang jangan sesekali bagi harapan dekat orang. Bukan ape, sangat sakit bagi orang itu. Haha. Untuk org yang berharap, jangan lah terlalu berharap terhadap benda yang tak pasti atau pon anda dah pasti tak kan dapat. Aku tau, manusia memang suka kan cabaran. Konon cool terima dugaan. Ye, memang kita kena tenang terima dugaan, tapi semua ke macam tu? tak de. Macam aku, luar je aku nampak macam "Badangnita" tapi dalam diri ini saja yang tahu. Biarlah orang lain suka mainkan aku, marah? mestilah aku kena marah, tapi aku cepat cool dan cepat maafkan orang biarpun orang tu buat kesalahan yang tak boleh terima dek akal. walawehh. Kadang kadang kita perlu jaga hati orang weh, memang lahh tak berapa penting tapi kita hidup keliling manusia bukan binatang kan, ada hati ade perasaan. Mau orang tak suka dengan kita mampus jugak tu, orang nak jugak tengok atitude kita macam mane kan dan dari situ orang akan judge dia ni macam mana . Itu kita kena terima sebab itu sifat manusia walaupun kadang kadang tak berapa bagus. ;). Satu lagi aku nak share sikit lahh berdasarkan ape yang aku selalu perhati dan rasa. Kalau kita betul sayang orang, jagalah hati dia baik, terus terang anda sayang dia. Dan kita sayang orang sebagai ape pon kita kena cakap untuk elak orang tu salah faham. Jangan sesekali mainkan hati orang sebab totally Allah akan balas balik macam mana kita buat kat orang. Akhir zaman kan. So, aku nak ajak korang muhasabah diri lah sikit sebanyak bukan korang je aku sekali. okayy. Ini saja tau. byee.

Sekian,
Singkongcing

Sunday, 13 November 2011

Rindu lahh kawan sekolah.

Hai blog ku tersayang . ;). Kompem Fatin syaqirin excited nak baca blog aku nih, maklumlah blog artis dohh. haha. Ok, kali ni gua kompem nak cite pasal budak sekolah menengah gua. Owwh! sumpah rindu kelas 5 rabbit a.k.a 5 Rusyd aku. Sayang nye lahh kat diorang especially Farah olin, Wawe, Zaza, Zack, Yuni, Ijah, Soley, Ain, Aten dan Joji.!  haha.. Actually duluka mase f1 aku tak hengat sape kawan baik aku. haha. Sadiss kan. Tapi yang aku ingat first jejak tapak ibu jari kat Smka Slim River habaqq ang , aku jumpa Nadia Shahrom. Korang kenal? Tak kenal, tnye Fatin sya. haha.  Nasebb lahh ko syaqirin, nama ko popular kat blog aku. Dulu dorm first aku A1-3. Dalam dorm tuhh yang aku ingat lagi aku jadi bendahari habaqq hang sekali lagi. Haha. Tapi dalam seumur hidup aku , aku paling tak suka jawatan tu sebab kena simpan duit lahh, kutip lahh. Ahhh! bosan. hehe. Bukan sebab aku tak nak tanggungjawab tapi hanya kerana jawatan tuhh tak mencabar pong. ! Alamak terlebih sudah!. ;p. Masa kat asrama aku giler independent lahh, mak ayah tak de nye nak datang melawat aku, ayah cakap berdikari sendiri tak payah nak nangis nak balik lah ape lah. Fuhh! memang f1 aku tak pernah lahh nak menangis homesick, tapi kalau aku menangis pon sebab kawan. Dashat waktu f1 , gaduh lahh ape lahh. Ye lahh, tak cukup akal lagi nak pikiaqq. haha. Dah, tutup cerita pasal F1. Masuk F2 pulak. Ha.. F2 paling gedik lahh, dah pandai minat minat suka suka. Kapel? tak payah cakap, time F2 paling ramai yang kapel. Kena panggil dengan akak akak aku belum rasa nak cerita sebab sadiss dohh. Hampeh, Last last diorang yang jadi syaitan sekarang. hahahah. Opsss! sori, terlepas. Waktu F2 dan F3 aku dah ada dah kawan baik, masa ni yang aku ingat of course Atika Ashri, Aini Azwa, Aisyah Shafawi, Fatin Syaqirin dan Hazirah Salikin and sorang lagi jugak, Nadia Shahrom. Bodoh giler time F3 kan , masa besday aku diorang bagi hadiah dashat dohh, Aku macam tak sampai hati nak bagitau,. haha. Anyway, tu lahh hadiah paling giler penah aku dapat sepanjang umur aku lahh. Caya lahh!. Tapi lepas aje F3 semua dah pecah, Syaqirin pon dah masuk sekolah lain.

Okayy, tutup cerita tuh semua. Aku nak cite time F5 lahh. Masa nihh baru aku dapat kawan susah senang, buat salah sama sama tanggung pon sama sama. Baru erti kawan wehh. Aku ase aku tak de jumpa kawan macam diorang kat matrikulasi dengan UITM sekarang. Aku rindu sangat kat korang wehhh!





 Fatin syaqirin lahh ni. hehe
nadia shahrom habaq hang. ;)
sumpah! rindu sangat! ok, setakat ini saje. bye.

Sekian,
Singkongcing