Sunday, 13 November 2011

Rindu lahh kawan sekolah.

Hai blog ku tersayang . ;). Kompem Fatin syaqirin excited nak baca blog aku nih, maklumlah blog artis dohh. haha. Ok, kali ni gua kompem nak cite pasal budak sekolah menengah gua. Owwh! sumpah rindu kelas 5 rabbit a.k.a 5 Rusyd aku. Sayang nye lahh kat diorang especially Farah olin, Wawe, Zaza, Zack, Yuni, Ijah, Soley, Ain, Aten dan Joji.!  haha.. Actually duluka mase f1 aku tak hengat sape kawan baik aku. haha. Sadiss kan. Tapi yang aku ingat first jejak tapak ibu jari kat Smka Slim River habaqq ang , aku jumpa Nadia Shahrom. Korang kenal? Tak kenal, tnye Fatin sya. haha.  Nasebb lahh ko syaqirin, nama ko popular kat blog aku. Dulu dorm first aku A1-3. Dalam dorm tuhh yang aku ingat lagi aku jadi bendahari habaqq hang sekali lagi. Haha. Tapi dalam seumur hidup aku , aku paling tak suka jawatan tu sebab kena simpan duit lahh, kutip lahh. Ahhh! bosan. hehe. Bukan sebab aku tak nak tanggungjawab tapi hanya kerana jawatan tuhh tak mencabar pong. ! Alamak terlebih sudah!. ;p. Masa kat asrama aku giler independent lahh, mak ayah tak de nye nak datang melawat aku, ayah cakap berdikari sendiri tak payah nak nangis nak balik lah ape lah. Fuhh! memang f1 aku tak pernah lahh nak menangis homesick, tapi kalau aku menangis pon sebab kawan. Dashat waktu f1 , gaduh lahh ape lahh. Ye lahh, tak cukup akal lagi nak pikiaqq. haha. Dah, tutup cerita pasal F1. Masuk F2 pulak. Ha.. F2 paling gedik lahh, dah pandai minat minat suka suka. Kapel? tak payah cakap, time F2 paling ramai yang kapel. Kena panggil dengan akak akak aku belum rasa nak cerita sebab sadiss dohh. Hampeh, Last last diorang yang jadi syaitan sekarang. hahahah. Opsss! sori, terlepas. Waktu F2 dan F3 aku dah ada dah kawan baik, masa ni yang aku ingat of course Atika Ashri, Aini Azwa, Aisyah Shafawi, Fatin Syaqirin dan Hazirah Salikin and sorang lagi jugak, Nadia Shahrom. Bodoh giler time F3 kan , masa besday aku diorang bagi hadiah dashat dohh, Aku macam tak sampai hati nak bagitau,. haha. Anyway, tu lahh hadiah paling giler penah aku dapat sepanjang umur aku lahh. Caya lahh!. Tapi lepas aje F3 semua dah pecah, Syaqirin pon dah masuk sekolah lain.

Okayy, tutup cerita tuh semua. Aku nak cite time F5 lahh. Masa nihh baru aku dapat kawan susah senang, buat salah sama sama tanggung pon sama sama. Baru erti kawan wehh. Aku ase aku tak de jumpa kawan macam diorang kat matrikulasi dengan UITM sekarang. Aku rindu sangat kat korang wehhh!





 Fatin syaqirin lahh ni. hehe
nadia shahrom habaq hang. ;)
sumpah! rindu sangat! ok, setakat ini saje. bye.

Sekian,
Singkongcing

Saturday, 29 October 2011

Kal Ho Na Ho

Memang giler lahh cerita nihh buat aku nangis giler sedu sedan. Even cerita nihh dah lapok kan, Aku je yang baru first time nak tengok. Best sangat . Bayangkan pengorbanan cinta tu sangat kuatt. Ya Allah. Kalau lah aku aku dapat cinta macam Aman bagi dekat Naina kan bagus. Haha. Semoga Aman datangg kat aku nanti. haha

Jom layan

Aku tengok movie nihh sampai pukul 3 pagi. Hebattt!

Sekian,
Singkongcing

Sunday, 16 October 2011

Mulakan Hidup Baru

Assalamualaikum.

Kisah baru aku. Mungkin bermula dari sini. Apa yang bakal datang aku tidak pasti. Hati masih keliru dengan perasaan sendiri. Ya Allah. Hanya Kau saja tahu jalan yang terbaik buat diriku ini Ya Allah. Mungkin benar dia bukan lagi milikku. Bila difikirkan balik, mungkin ini jalan terbaik. Terlalu banyak dosa yang dibuat hingga malu dengan diri sendiri. Mungkin dulu aku tidak punya Iman untuk  menerima takdirmu. Tapi sekarang aku masih lagi dalam proses membetulkan semula perasaan aku yang entah kemana menghilang. Cuba untuk menjadi diri sendiri, Cuba untuk tidak mengulangi lagi kisah lampau aku. Orang yang kita terlalu sayang tidak selalu akan menjadi milik kita sepenuhnya. Kini baru aku mengerti erti cinta yang ada dalam hati. Biarlah aku tidak dapat semula cinta aku, tapi asalkan melihat dan mengetahui orang yang dicintai bahagia, sudah cukup untuk aku juga bahagia. Biar aku dibenci, dikatakan "top blacklist". Memang. Memang amat pahit perkataan itu, Tetapi aku cuba untuk menerimanya kerana mungkin itu  adalah kesalahan diri aku yang sukar untuk berfikir panjang tentang keputusan yang ingin dibuat. Tidak mengapalah, Allah sayang aku. Aku sering diingatkan dengan ujian ujian Allah yang kadang kadang aku sendiri tidak dapat menanggungnya. Menjadi lebih matang adalah matlamat aku supaya aku tau erti dunia. Janji juga jangan dituturkan jika tidak dapat menunaikannya. Amat pedih. ya, sangat pedih. Aku cuba untuk berubah. Jodoh pertemuan semua ditangan Allah. Cukup sudah aku banyak merancang, tetapi yang pasti tidak semuanya akan menjadi. Jika kasih sayang itu dititipkan dengan maksiat, nescaya pasti tidak akan berkekalan. Ya, aku mengaku hati aku masih ada dia, tapi sampai bilakan. Aku harus menunaikan tanggungjawab aku. Allah, keluarga yang selalu berada disisi, sahabat . Alhamdulillah. Jangan menyalahkan orang lain, takdir.

Semangat singkongcing.